fbpx

Makan roti canai dalam banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mek Yah menggoreng roti canai yang dipesan pelanggannya ketika ditemui di pekan Rantau Panjang kelmarin.

RANTAU PANJANG – Seorang penebar roti canai tidak me­nyangka kedainya masih dipenuhi pelanggan walaupun terpaksa menikmati makanan itu dalam keadaan kaki berendam di dalam air akibat banjir yang melanda pekan Rantau Panjang, di sini.

Mek Yah Mat Min, 40, berkata, dia membuat keputusan untuk berniaga kelmarin ekoran segala persiapan telah dilakukan meskipun kedainya dinaiki air sedalam 0.3 meter.

Katanya, dia gembira dapat melayan permintaan pelanggan yang terpaksa menjamah roti canai sambil kaki berendam dalam air.

“Ini pengalaman pertama berniaga dalam banjir. Saya akan berhenti berniaga sementara jika paras air terus naik, namun tidak berpindah kerana rumah kedai ada loteng dengan semua barang sudah dinaikkan,” katanya.

Menurut Mek Yah, banjir kali kedua itu berlaku dalam tempoh dua minggu disebabkan limpahan air Sungai Golok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI