fbpx

Longgarkan syarat guru tingkatan enam – Kongres

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUHARI Md. Noor (kiri) dan Rosli Abdullah (tengah) pada Persidangan Perwakilan Dwitahunan Kongres Kali Ke-21 di sebuah hotel di Kampung Jawa, Melaka.

MELAKA – Kongres Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (Kongres) menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melonggarkan syarat bagi penempatan guru tingkatan enam.

Presidennya, Juhari Md. Noor berkata, syarat ditetapkan iaitu guru mestilah daripada Gred 44 dan aliran perdana telah menyebabkan kebanyakan sekolah yang menawarkan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) berdepan kesukaran untuk mencari tenaga pengajar.

Ujarnya, susulan itu pihaknya menyarankan agar KPM mengkaji semula syarat penempatan itu dan mencadangkan agar guru Gred 41 turut diberi peluang menjadi tenaga pengajar.

“Gesaan ini dibuat melalui Persidangan Perwakilan DwiTahunan Kongres Kali 2 yang telah diadakan. Kita mencadangkan agar syarat penempatan bagi guru tingkatan enam ini dilonggarkan dan dibuka kepada guru Gred 41, sekali gus dapat menangani isu kekangan jumlah guru ketika ini,” katanya.

Juhari berkata demikian selepas Persidangan Perwakilan DwiTahunan Kongres kali ke-21 yang di sempurnakan oleh Timbalan Exco Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Rosli Abdullah di Kampung Jawa, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, perkara lain dituntut oleh kongres itu adalah kenaikan gaji guru yang dilihat wajar diberikan dengan mengambil kira bebanan tugas pada hari ini.

“Kongres juga menggesa agar kenaikan gaji guru segera dilaksanakan mengambil kira beban tugas sedia ada,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI