fbpx

Kepala hampir berkecai RPG meletup ketika rakam ‘content’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KNOWLES cedera selepas RPG meletup secara tiba-tiba bulan lalu. - Ballistic High Speed/YouTube

WASHINGTON – Kepala seorang bekas tentera Amerika Syarikat (AS), Adam Knowles nyaris berkecai apabila pelancar roket grenad (RPG) yang digunakan meletup pada tangannya ketika dia merakam video kandungan online, lapor portal berita MailOnline semalam.

Dalam kejadian bulan lepas, tulang pipi Knowles hancur, tengkoraknya retak dan badannya melecur. Dia juga pengsan seketika sebelum dikejarkan ke sebuah hospital oleh rakan-rakannya selepas menghubungi talian kecemasan 911.

Lelaki itu yang mengendalikan saluran YouTube ‘Ballistic High Speed’ itu menerima cantuman kulit untuk lengannya yang melecur teruk, manakala serpihan akibat letupan tersebut sudah dikeluarkan daripada tubuhnya.

Dia juga mengalami rahang terkehel, kecederaan otak traumatik dan pendarahan otak.

“Saya masih memerlukan banyak penjagaan luka,” katanya kepada penonton di salurannya.

Ketika kejadian, dia sedang merakam video kandungan mengenai bahaya yang dihadapi oleh individu yang berada dekat dengan RPG yang sedang dilancarkan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI