fbpx

Imam, jemaah digalakkan ambik dos penggalak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

BATU PAHAT – Bagi mengekang penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat, imam, bilal dan jemaah disaran untuk mengambil suntikan dos penggalak ketiga.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Johor, Mohd Fared Khalid berkata, ketetapan mendapatkan dos tambahan adalah saranan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan kerajaan negeri mengalu-alukan nasihat itu.

Katanya, tindakan untuk menyekat penularan wabak ini tidak hanya kepada kumpulan tertentu sahaja namun perlu dilakukan oleh semua pihak.

“Sebabnya kalau hanya imam dan bilal yang ambil suntikan ini tetapi jemaah tidak, itu yang merisaukan kita,” katanya selepas menyempurnakan penyerahan Projek Skim Perumahan Asnaf, Projek Baiti Jannati Wakalah Zakat Perniagaan JCorp di Kampung Peserai Kecil di sini hari ini.

Menurut Mohd Fared lagi, mereka yang ingin mengambil suntikan perlu mendapatkan nasihat doktor mengenai status kesihatan masing-masing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI