fbpx

Hujan berterusan di Pantai Timur mulai Khamis sehingga Isnin depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap kuning (waspada) di tiga negeri di Pantai Timur sehingga 25 Disember ini.

Menerusi satu perkongsian di laman Facebooknya hari ini, MetMalaysia berkata, antara kawasan yang terjejas adalah seluruh kawasan di negeri Kelantan dan Terengganu, manakala di Pahang ia melibatkan daerah Jerantut, Kuantan dan Pekan.

Jelas MetMalaysia, amaran sama turut dikeluarkan bermula hari ini sehingga Khamis di negeri Johor melibatkan kawasan Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru serta daerah Rompin di Pahang.

“Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Sabah iaitu Pantai Barat (Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat hari ini,”katanya. – KOSMO! ONLINE

Peta amaran hujan berterusan tahap waspada yang dikeluarkan MetMalaysia.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI