fbpx

Gempa bumi gegar barat laut China, lebih 100 maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA penyelamat dikerah di kawasan terjejas akibat gempa bumi di barat laut China. - Foto CCTV

BEIJING –  Lebih 111 orang maut manakala 200 lagi cedera selepas satu gempa bumi kuat melanda barat laut China, lapor badan penyiaran CCTV pagi ini.

Menurut agensi berita Xinhua, gempa bumi itu melanda wilayah Gansu lewat semalam, menyebabkan pasukan penyelamat dikerah ke kawasan terjejas. 

Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) sebelum ini berkata, gempa bumi itu berukuran 5.9 pada skala Richter.

Ia telah menyebabkan gegaran kuat dengan jangkaan kemusnahan ekonomi yang besar. 

Gempa bumi tersebut melanda sekitar 37.01 kilometer (km) dari barat barat laut Linxia Chengguanzhen dengan kedalaman cetek hanya lebih 9.65 km, demikian menurut USGS.

Ibu kota wilayah Gansu, Lanzhou terletak kira-kira 96.56 km dari pusat gempa. –  AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI