fbpx

Dua wanita sorok beras dalam pakaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA wanita mencuri tiga kampit beras dan barangan lain di sebuah kedai di Deli, Serdang, Jumaat lalu. - Foto Tribun Medan

JAKARTA –  Dua orang wanita dirakam mencuri tiga kampit beras dari sebuah kedai di Serdang, Sumatera Utara pada Jumaat lalu, lapor laman berita Tribun Trends hari ini.

Perbuatan wanita muda dan warga emas itu dirakam menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kedai tersebut. Mereka pada awalnya dilihat turun dari sebuah kenderaan Toyota Avanza.

Mereka bukan sahaja mencuri beras, bahkan air mineral, minyak masak, roti dan pelitup muka.  Beras seberat 10 kilogram turut dilihat disembunyikan di dalam baju labuh kedua-dua wanita berkenaan.

Pemilik kedai kemudian menyiarkan rakaman CCTV mengenai perbuatan tersebut, namun enggan membuat laporan polis.

Anak pemilik kedai yang dikenali sebagai Andri mengesahkan kejadian itu.

Sementara itu, seorang pegawai polis tempatan, Japri Simamora menyatakan bahawa pihaknya belum menerima sebarang laporan tetapi akan menyiasat kes kecurian tersebut. – AGENSI   

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI