fbpx

Cinta tak direstui, lelaki nekad culik, kahwini remaja 13 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Gara-gara cinta tidak direstui, seorang lelaki etnik Rohingya menculik kekasihnya yang berusia 13 tahun sebelum bernikah di Johor tanpa pengetahuan keluarga remaja perempuan itu.

Kejadian pada pukul 2.30 petang, 7 Disember lalu, abang mangsa yang berusia 19 tahun yang juga etnik Rohingya bekerja sebagai tukang sapu mendapat tahu adiknya dibawa lari suspek.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, suspek yang berusia 17 tahun didakwa membawa lari kekasihnya menaiki kereta ketika berada di Jalan Memanda Ampang Point, di sini.

Susulan itu, sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menahan dua lelaki yang merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) berusia 17 tahun dan bapanya berusia 37 tahun.

Mereka diberkas di sekitar kawasan Kampung Pandan di sini pada pukul 3.40 petang semalam.

“Semasa tangkapan, mangsa berada bersama suspek. Punca kejadian dipercayai kerana suspek ingin bernikah dengan mangsa, namun hubungan mereka tidak direstui ahli keluarga mangsa.

“Suspek kemudian membawa lari mangsa untuk berkahwin,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Mohd. Azam, suspek memiliki satu rekod jenayah namun bebas dadah.

“Polis merampas dua buah telefon bimbit. Suspek ditahan reman sehingga 22 Disember ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan,” katanya .- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI