fbpx

Banjir: Mangsa di Pasir Mas turun 3,807 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang warga emas yang berlindung di PPS SK Sri Rantau Panjang 2, Rantau Panjang hari ini.

KOTA BHARU – Mangsa banjir di Pasir Mas menurun kepada 3,807 orang berbanding 5,164 pada pagi tadi susulan cuaca cerah dan baik di kebanyakan kawasan di Kelantan sejak empat hari lalu.

Sekretariat Pengurusan Bencana Kelantan dalam satu kenyataan berkata, jumlah itu menunjukkan pengurangan sebanyak 1,357 mangsa yang berlindung di 12 buah pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah tersebut setakat pukul 4 petang ini.

Menurutnya, kesemua mangsa yang terlibat terdiri daripada 1,162 buah keluarga.

“Daripada jumlah tersebut Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tok Deh menempatkan mangsa paling ramai iaitu 901 orang diikuti SK Gual Periok (511), Sekolah Menengah Kebangsaan Baroh Pial (507), SK Sri Kiambang (421) dan SK Sri Rantau Panjang 2 (286).

“Selain itu, PPS Masjid Mukim Padang menjadi tempat berlindung kepada 258 mangsa, SK Lati (224), SK Gual Tinggi (206), Madrasah Tasek Bakong (194), SMK Gual Periok (144), SK Kedai Tanjong (81) dan Sekolah Menengah Ugama Arab Pohon Buluh (74),” katanya.

Menurut kenyataan itu, dua buah PPS di Pasir Mas iaitu Masjid Lubok Gong dan SK Gual Sitok ditutup sepenuhnya hari ini.

Katanya, semua sungai-sungai utama di Kelantan mencatatkan bacaan normal kecuali Sungai Golok di Rantau Panjang masih melepasi bacaan paras bahaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI