fbpx

Awas, buaya muncul dalam banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEEKOR buaya ditangkap di bandar Ingham, utara Queensland semalam. - Foto AFP

MELBOURNE, Australia – Beberapa ekor buaya dirakam berenang di sebahagian jalan di utara Queensland, Australia selepas Taufan Jasper mengakibatkan banjir, lapor laman berita The Sun semalam.

Seekor buaya sepanjang 2.74 meter dikesan berenang melalui parit yang dipenuhi air sebelum ditangkap oleh pegawai hidupan liar.

Sementara itu, seekor lagi buaya bersaiz lebih besar menggemparkan penduduk tempatan apabila mereka melihat ia mengintai dari dalam air banjir yang keruh.

Sejumlah lagi reptilia tersebut turut dilihat di utara Queensland, di mana pemindahan 300 penduduk terpaksa dibatalkan berikutan keadaan cuaca yang semakin teruk.

Seorang penduduk, Dallas Walker berkata, seluruh masyarakat terjejas disebabkan air sungai yang melimpah.

“Terdapat banyak lumpur dan air banjir turut dipenuhi buaya,” katanya.

Pekan Cairns dilanda hujan sehingga 60.96 sentimeter dalam tempoh 40 jam, lebih tiga kali ganda daripada purata tempoh sebulan penuh.

Semua penerbangan terpaksa dibatalkan, manakala lapangan terbang ditutup selepas pesawat tenggelam dalam air bah. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI