fbpx

Konflik Palestin-Israel: 1,600 pekerja lapangan terbang Israel diberhentikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan Lapangan Terbang Ben Gurion, Lod. - Foto AFP

TEL AVIV – Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Israel memutuskan untuk mengurangkan bilangan kakitangan selepas berunding dengan jawatankuasa pekerja, setelah hampir semua syarikat penerbangan asing tidak lagi mendarat di Lapangan Terbang Ben Gurion, lapor laman berita The Palestine Chronicle semalam.

“(Seramai) 600 pekerja akan diberi cuti tanpa gaji,” lapor akhbar Israel, Ynet News dengan memetik sumber rasmi.

Perbadanan Penyiaran Israel (KAN) melaporkan bahawa jumlah pekerja di Lapangan Terbang Ben Gurion adalah seramai 4,600 orang.

Berikutan pemberhentian kerja dan cuti tanpa ganji, jumlah itu akan dikurangkan kepada 3,000 orang.

Permintaan global untuk perjalanan ke Israel telah menurun dengan ketara sejak perang tercetus pada 7 Oktober lalu.

Majoriti syarikat antarabangsa telah menggantung penerbangan ke dan dari lapangan terbang berkenaan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI