NEW DELHI – Seorang wanita di India cedera parah akibat dibelasah beberapa jirannya kerana membuang air kecil berhampiran rumah mereka, lapor stesen penyiaran NDTV semalam.
Mangsa yang berusia 35 tahun dipukul di bahagian alat sulit menggunakan batang besi sehingga pengsan.
Kejadian itu berlaku di sebuah kampung selepas mangsa membuang air kecil di sebuah longkang berhampiran rumahnya sebelum dilihat jiran-jiran lalu membelasahnya.
Dia kemudian dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan. – AGENSI