fbpx

Wakil keluarga remaja dilanggar polis tiba di Mahkamah Majistret Ipoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai tiga wakil keluarga remaja dilanggar pegawai polis pada Jumaat lalu tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Ipoh hari ini.

IPOH – Seramai tiga wakil keluarga Allahyarham Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, tiba di Mahkamah Majistret Ipoh di sini pada pukul 8 pagi ini bagi mendengar pertuduhan kes langgar remaja berkenaan pada Jumaat lalu.

Menurut seorang wakil keluarga, Abdul Razak Judin, 48, kehadiran mereka di mahkamah pagi ini hanya bagi tujuan tersebut dan melihat sendiri perjalanan kes berkenaan.

“Berkenaan keadaan ahli keluarga, Alhamdulillah, mereka dalam keadaan baik dan reda menerima pemergian (Allahyarham Muhammad Zaharif Affendi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Media semalam melaporkan, Jabatan Peguam Negara menyifatkan mempunyai keterangan mencukupi bagi suatu kesalahan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap suspek langgar pelajar dalam kejadian yang berlaku di sini pada Jumaat lalu.

Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd. Salleh dilaporkan berkata, ia diputuskan selepas pihaknya membuat penelitian terhadap hasil siasatan dan keterangan yang dikemukakan dalam kertas siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI