fbpx

Tanah runtuh Puchong: 46 cerucuk sudah ditanam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan tanah runtuh di lokasi kejadian. FOTO IHSAN PDRM

SERDANG – Sebanyak 46 daripada 375 cerucuk besi telah ditanam sekitar lokasi kejadian tanah runtuh di Taman Wawasan, Puchong, di sini, bagi mengawal serta mengehadkan pergerakan tanah.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A Anbalagan berkata, kerja-kerja mitigasi akan diteruskan pada pagi ini.

“Semalam, sekitar pukul 3.30 petang, ada pergerakan tanah berlaku di lokasi kejadian di mana ia melibatkan simen depan pintu pagar beberapa rumah runtuh.

“Sebuah kereta jenis Honda City telah dikeluarkan menggunakan kren pada pukul 6 petang,”katanya kepada media hari ini.

Sehubungan itu, katanya, pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup secara rasmi pukul 9 semalam berikutan sebuah keluarga terdiri daripada lapan individu telah keluar.

“Keadaan akan dipantau dari masa ke semasa,”katanya lagi.

Terdahulu Kosmo! melaporkan pemilik tujuh buah rumah teres di Jalan Wawasan, Taman Wawasan, Puchong dekat sini terpaksa mengosongkan kediaman mereka selepas berlaku kejadian tanah runtuh malam Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.26 malam itu, kesemua pemilik diarah berbuat demikian selepas runtuhan tanah itu berlaku berhampiran kediaman mereka.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kejadian tanah runtuh itu melibatkan kawasan seluas kira-kira 50 meter. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI