fbpx

Stok vaksin Covid-19 cukup – Dr. Muhammad Radzi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Muhammad Radzi bercakap pada sidang akhbar khas di Kementerian Kesihatan di Putrajaya tadi. - Foto oleh FAISOL MUSTAPA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan bahawa stok vaksin bagi Covid-19 buat masa ini masih mencukupi bagi menampung keperluan negara.

Ketua Pengarahnya , Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, kepada semua masyarakat yang masih belum mengambil vaksin dan dos penggalak Covid-19 boleh mengambilnya di fasiliti kesihatan seluruh negara.

“Stok vaksin (Covid-19) kita mencukupi kalau untuk penggalak dan kepada sesiapa belum mengambil vaksin kita masih ada stok.

“Untuk vaksin sekarang sangat mudah..bagi penggalak mereka boleh ‘walk in’ dan nak buat temu janji (di aplikasi MySejahtera) pun boleh… kita beri kemudahan bagi (mereka) mendapatkan dos penggalak vaksin Covid-19 tersebut,” katanya pada sidang akhbar khas berhubung Covid-19 di Kementerian Kesihatan di sini tadi.

Sementara itu, berhubung vaksin Pfizer beliau berkata, pihaknya masih dalam proses perolehan bagi mendapatkan stok berkenaan.

“Kita masih dalam prolehan sebab benda ini baru terutama sekali generasi baru vaksin Pfizer iaitu Monovalent. Proses itu akan ambil masa dari segi bekalan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI