fbpx

Sasaran kutipan zakat Maidam RM260 juta hampir tercapai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) optimis mampu mencapai sasaran kutipan zakat sebanyak RM260 juta dalam baki 13 hari tahun ini.

KUALA TERENGGANU – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) optimis mampu mencapai sasaran kutipan zakat sebanyak RM260 juta dalam baki 13 hari tahun ini.

Yang Dipertua Maidam, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, setakat ini, RM200 juta zakat telah berjaya dikutip sejak awal tahun ini.

Beliau yakin mampu mengutip baki RM60 juta kutipan zakat menjelang 31 Disember ini.

“Semakin ramai tampil melunaskan tanggungjawab membayar zakat di pejabat cawangan Maidam sejak awal bulan ini dan ia dijangka berlarutan sehingga hujung bulan ini.

“Kebiasaannya, ramai pembayar zakat akan menunaikan tanggungjawab itu pada saat-saat akhir di hujung tahun bagi memperolehi pelepasan cukai pendapatan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),” katanya di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI