fbpx

Polis masuk selut tangkap ‘Spiderman’ lokap Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis berjaya menahan semula seorang tahanan Lokap Berpusat Kepayan, hari ini selepas 48 jam meloloskan diri pada Sabtu lalu. -Foto: laman Sosial.

KOTA KINABALU – Selepas 48 jam meloloskan diri pada Sabtu lalu, polis berjaya menahan semula tahanan Lokap Berpusat Kepayan hari ini.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Shahurinain Jais berkata, suspek dikenali sebagai Nazri Hassan berusia 33 tahun diberkas pada jam 11.50 pagi. .

“Suspek dikesan ketika bersembunyi di sebuah pondok usang di kawasan hutan simpan berhampiran Mimpian Jadi Resort, Tuaran.

“Suspek sudah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk tindakan selanjutnya pada pukul 4 petang tadi

“Polis Sabah berterima kasih atas kepada orang awam yang memberikan kerjasama dan maklumat sehingga suspek berjaya diberkas,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, suspek yang juga seorang tahanan berjaya meloloskan diri dari Lokap Berpusat Kepayan pada Sabtu lalu.

Dalam kejadian sekitar pukul 12.30 tengah hari itu, tahanan terbabit dipercayai melarikan diri sewaktu diiring anggota petugas lokap ke bilik siasatan untuk tujuan soal siasat.

Sewaktu melarikan diri, suspek yang direman bermula 10 hingga 18 Disember untuk siasatan mengikut Seksyen 431 A Kanun Keseksaan masih berpakaian lokap berwarna ungu. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI