fbpx

Liga Europa: AS Roma, AC Milan pilihan ke pusingan 16 terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Grafik ihsan Twitter akaun Europa League.

NYON, Switzerland – Pasukan Serie A, AC Milan dijangka tidak mempunyai masalah untuk mara ke peringkat 16 terbaik selepas diundi bertemu Rennes pada aksi playoff Liga Europa yang dijadualkan berlangsung Februari depan.

Sementara itu, satu lagi wakil Itali yang juga naib juara musim lalu, AS Roma dilihat berdepan tugas sukar apabila bakal menentang kelab Belanda, Feyenoord pada majlis undian sebentar tadi.

Pasukan dari Ukraine, Shaktar Donetsk berdepan tugas sukar apabila bakal bertemu kelab Ligue 1, Olympique Marseille manakala Benfica akan menentang Toulouse.

Lapan pemenang peringkat playoff Liga Europa akan mara ke pusingan 16 terbaik dengan menentang pasukan-pasukan juara peringkat kumpulan yang lepas seperti Liverpool, Brighton dan West Ham. – KOSMO! ONLINE

UNDIAN PENUH

Feyenoord lwn AS Roma

AC Milan vs Rennes

Lens lwn Freiburg

Young Boys lwn Sporting Lisbon

Benfica lwn Toulouse.

Braga lwn Qarabag.

Galatasaray lwn Sparta Prague

Shakhtar Donetsk vs Marseille

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI