fbpx

Lelaki terganggu dengar bacaan al-Quran cuba tikam imam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek kemudian ditahan penduduk setempat. - Jawa Pos

JAKARTA, Indonesia – Seorang imam surau di Condet, Jakarta Timur nyaris menjadi mangsa tikaman seorang penduduk tempatan yang berasa terganggu dengan bacaan al-Quran dan zikir, lapor laman berita Jawa Pos hari ini.

Suspek yang dikenali sebagai MAA dikatakan tinggal berdekatan surau tersebut, manakala kejadian berlaku sekitar pukul 7.45 malam (waktu tempatan) selepas jemaah surau selesai menunaikan solat isyak.

Seperti kebiasaan, bacaan imam semasa solat akan dipancarkan melalui alat pembesar suara, namun suspek dikatakan terganggu mendengar bacaan itu.

Lelaki berusia 26 tahun itu kemudian mengambil pisau dari dapur rumahnya dan menuju ke arah surau tersebut. Dia menunggu sehingga iman keluar dari surau.

Sejurus imam yang dikenali sebagai LFF keluar, suspek cuba menyerangnya, namun mangsa sempat mengelak.

Penduduk berjaya menahan suspek lalu membawanya ke balai polis terdekat. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI