fbpx

Konflik Palestin-Israel: Zionis bom kem pelarian, 90 terbunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki mendukung mayat anaknya yang terbunuh dalam serangan udara askar Israel di kem pelarian Jabalia pada 1 November lalu. - AFP

BANDAR GAZA – Askar Israel melancarkan serangan ke atas sebuah kem pelarian di utara Gaza, sebuah hospital di selatan serta membunuh seorang remaja perempuan yang kehilangan kaki, demikian menurut beberapa pegawai Palestin dan saksi.

Laman berita TRT World melaporkan, kem pelarian Jabalia sekali lagi menjadi sasaran serangan askar Rejim Zionis sehingga mengakibatkan 90 penduduk terbunuh.

Satu lagi serangan peluru berpandu disasarkan ke arah sebuah rumah milik keluarga Shehab yang membunuh 24 orang, lapor stese radio Hamas Aqsa.

“Kami percaya jumlah orang yang mati di bawah runtuhan adalah besar tetapi tiada cara untuk mengeluarkan mayat mereka kerana serangan bertubi-tubi askar Israel,” katanya laporan tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI