fbpx

Konflik Palestin-Israel: 500 penduduk Tebing Barat dibunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk mengusung mayat lelaki yang terbunuh dalam serbuan askar Israel di kem Nour Shams, Tulkarm kelmarin. - AFP

RAMALLAH, TEBING BARAT – Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan bahawa jumlah kematian penduduk Tebing Barat yang dibunuh penceroboh Israel tahun ini mencecah 505 orang termasuk 111 kanak-kanak, lapor laman berita Al Mayadeen kelmarin.

Pada pagi kelmarin, dua pemuda Palestin terbunuh manakala beberapa lagi cedera parah di kem pelarian Nour Shams di Tulkarm, ketika pasukan pendudukan Israel melakukan serangan dron. Seorang lagi penduduk maut akibat dibunuh tentera Rejim Zionis di Jenin.

Serentak dengan serbuan berterusan ke atas beberapa bandar di Tebing Barat, Israel meningkatkan aktiviti penindasannya dengan melancarkan serangan dron secara besar-besaran sebagai cara untuk ‘mengawasi’ wilayah itu.

Bandar Tulkarm dan kem pelariannya, yang terletak berhampiran garis pemisah antara Tebing Barat dan penempatan haram Israel di pantai Palestin menyaksikan sebahagian besar pencerobohan Zionis dengan berpuluh-puluh orang awam terbunuh dan cedera.

Infrastruktur awam juga rosak teruk selain beratus-ratus orang awam ditangkap dalam pelbagai serbuan dan pencerobohan di situ.

Sementara itu, Rejim Zionis menangkap lebih 4,000 penduduk Palestin di Tebing Barat dengan kira-kira 150 daripadanya ialah wanita. Turut ditahan ialah 255 kanak-kanak.

Wartawan turut menjadi mangsa dengan 45 kes penahanan direkodkan sejak 7 Oktober di mana 32 daripadanya masih dipenjarakan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI