fbpx

Kes Covid-19 dijangka meningkat selepas musim cuti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan unjuran peningkatan kes Covid-19 di negara ini pada hujung Disember depan dan awal Januari 2024 susulan cuti perayaan Krismas selain sambutan tahun baharu serta cuti sekolah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, jangkaan peningkatan kes itu merupakan salah satu fenomena global di mana semua negara sedang berdepan situasi sama.

“Kita jangkakan akan naik, bagaimanapun KKM akan terus memantau supaya situasi itu terkawal.

“Dalam kita belajar apabila berlaku lonjakan kes, selalunya ia akan berakhir dalam tempoh empat hingga enam minggu.

“Jadi, kita harap langkah yang dibuat akan dapat mengawal (kes Covid-19), seterusnya berjaya mengurangkan jangkitan kes,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar khas berhubung Covid-19 di Kementerian Kesihatan di sini tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI