fbpx

Kes bunuh Zayn Rayyan: Polis belum kesan petunjuk baharu -KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan forensik membuat pemeriksaan di sekitar kawasan kediaman kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.

PETALING JAYA – Polis masih meneruskan usaha mengesan dalang serta bukti pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang sudah memasuki hari ke-12.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan masih dijalankan di sekitar Blok Apartmen Idaman, Damansara Damai.

“Setakat ini, kita (polis) masih belum menjumpai apa-apa pertunjuk,”ujarnya ringkas ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini pada petang 5 Disember lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dua saksi itu berjaya dikesan ketika pihaknya melakukan ‘mass DNA screening’ (ujian DNA secara beramai-ramai) di apartmen tersebut pada 10 Disember lalu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI