fbpx

Kematian Zayn Rayyan, Zaharif buat rakyat Malaysia marah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zayn Rayyan (kiri) dan Muhammad Zaharif. Foto MEDIA SOSIAL

PETALING JAYA – Selepas kematian kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, seluruh rakyat Malaysia terus bersugul dengan kematian pelajar lelaki tingkatan lima, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, Jumaat lalu.

Jika Zayn Rayyan dipercayai dibunuh, Muhammad Zaharif pula didakwa maut akibat dilanggar seorang pegawai kanan polis.

Menerusi tinjauan Kosmo! di media sosial, rata-rata orang ramai membuat hantaran di akaun masing-masing meluahkan rasa sedih, kecewa, geram dan marah.

Malah, ramai yang mendoakan dan berharap supaya nasib kedua-duanya serta keluarga terbela segera.

“Kami nak keadilan buat arwah adik Muhammad Zaharif Affendi,” gesa Rosnah Johari RJ.

“‘Justice For Muhammad Zaharif Affendi’. Semoga semua saksi tampil berkata benar dalam memberi keterangan,” kata Mohd Syukur.

“Hari Jumaat arwah meninggal. Walaupun dah takdir dan ajal dia, tapi cara kematian dia tu sangat tak adil untuk dia. Sayu tengok wajah ayah arwah. Al-Fatihah,” ujar Mamayish Roshida Baharom.

Hari ini, tertuduh, Mohd. Nazri Abdul Razak, 44, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh dan didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Muhammad Zaharif.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan atau penjara sehingga 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah dihukum sebat tidak kurang 12 sebatan.

Sementara bagi kes Zayn Rayyan, polis masih menjalankan siasatan termasuk mengesan bukti baharu, susulan identiti pembunuh yang masih lagi misteri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI