fbpx

Guru agama tidak mengaku amang seksual lima pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh (berpelitup muka) ketika tiba di pekarangan Mahkamah Sesyen Butterworth, hari ini.

SEBERANG PERAI – Seorang guru agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth di sini, hari ini atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap lima pelajar di sebuah pusat tahfiz antara Januari 2022 hingga Jun lalu.

Tertuduh yang berusia 29 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa secara berasingan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Mengikut pertuduhan pertama, pemuda tersebut didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar lelaki yang ketika itu berusia 13 tahun di sebuah rumah sewa di Tasek Gelugor, di sini, pada pukul 3 pagi, Jun lalu.

Bagi pertuduhan kedua hingga kelima, tertuduh didakwa melakukan perkara sama terhadap empat lagi pelajar lelaki yang ketika itu berusia 14 tahun antara Januari hingga September 2022, di asrama tingkat bawah pusat tahfiz di Padang Menora, Tasek Gelugor.

Bagi kesemua pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang dibaca bersama Seksyen 16 (1) akta sama dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.

Zulhazmi kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin selain menetapkan syarat tambahan tertuduh tidak boleh mendekati atau mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 17 Januari depan untuk sebutan semula kes yang dihadapi tertuduh dan tertuduh membayar jaminan keseluruhan yang berjumlah RM20,000 itu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI