fbpx

Dres Taylor Swift dianggap terlalu murah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARGA dres hitam (kanan) yang digayakan Swift baru-baru ini dikatakan tidak sepadan dengan statusnya yang merupakan bintang terkenal dunia.

SAMBUTAN ulang tahun kelahiran bintang terkenal dunia, Taylor Swift yang ke-34 baru-baru ini, menarik perhatian peminatnya gara-gara dres pendek yang digayakan penyanyi itu.

Ketika majlis yang diadakan di kelab The Box di Manhattan, Amerika Syarikat itu, Swift dilihat menggayakan dres pendek berwarna hitam, rekaan pereka fesyen Clio Peppiatt.

Namun, ternyata hasil maklumat yang diperoleh peminatnya mendapati, harga dres dengan kemasan berkilauan itu cuma berharga AS$2,335 (RM10,910) dan dianggap terlalu murah untuk dipakai oleh seorang bintang terkenal dunia.

Rata-rata peminatnya menganggap, harga dres tersebut tidak sepadan untuk digayakan oleh Swift kerana statusnya sebagai salah seorang artis paling kaya di dunia.

Bahkan, peminatnya juga beranggapan bahawa rekaan dres tersebut tidak sesuai digayakan oleh pelantun Love Story itu kerana terlalu ketat sehingga membuatkan dia kelihatan aneh.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI