PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan laksana lima strategi utama dalam menghadapi lonjakan kes Covid-19 di negara ini.
Menteri Kesihatan, Datu Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, lima strategi itu melibatkan pengesanan awal kes Covid-19 dan varian SARS-CoV-2, pemerkasaan komuniti melalui amalan TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform, dan Seek).
“Strategi lain, pemantauan fasiliti kesihatan,pengurusan dan kawalan kes Covid-19 terutamanya untuk melindungi golongan berisiko tinggi.
“Ia turut melibatkan, pemerkasaan komuniti melalui komunikasi risiko yang berkesan dan pendigitalan sistem kesihatan dalam pengurusan pandemik melalui aplikasi MySejahtera,” katanya pada sidang akhbar khas berhubung Covid-19 di Kementerian Kesihatan di sini tadi.
Di samping melaksanakan strategi itu, Dr. Dzulkefly berkata, KKM juga menyarankan orang ramai supaya sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan antaranya elak kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak dekat. – KOSMO! ONLINE