fbpx

Banjir : Mangsa di Pasir Mas terus meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan pekan Rantau Panjang yang dinaiki air susulan limpahan Sungai Golok baru-baru ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!

KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di Pasir Mas meningkat apabila seramai 4,969 mangsa berlindung di 15 buah pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 4,445 orang pada petang semalam.

Sekretariat Pengurusan Bencana Kelantan berkata, setakat pukul 8 pagi tadi, kesemua mangsa yang terlibat terdiri daripada 1,588 buah keluarga.

“Hanya satu PPS sahaja masih dibuka di Tanah Merah iaitu Sekolah Menengah Ugama Arab Kajang yang menempatkan 124 mangsa.

“Setakat ini, seramai 5,093 orang mangsa berlindung di PPS di kedua-dua daerah tersebut,” katanya.

Menurut kenyataan itu, kebanyakan sungai-sungai utama di Kelantan mencatatkan bacaan normal kecuali Sungai Golok di Rantau Panjang masih melepasi bacaan paras bahaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI