fbpx

Al-Sultan Abdullah berkenan tinjau persiapan terakhir misi ketiga Ops Ihsan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah (tengah) meninjau persiapan terakhir Ops Ihsan sebelum bantuan itu diterbangkan ke Gaza awal pagi nanti. Foto AMREE AHMAD

SEPANG – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli bagi menyaksikan persiapan terakhir misi bantuan Ops Ihsan di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Ia melibatkan penghantaran kali ketiga bagi membawa keperluan perubatan dan kelengkapan musim sejuk daripada Malaysia kepada penduduk Palestin di wilayah Gaza.

Kehadiran Al-Sultan Abdullah disambut Timbalan Perdana Menteri I, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Kesemua sumbangan tersebut dengan berat 60 tan bakal diterbangkan menerusi sebuah pesawat MASkargo yang disewa khas oleh kerajaan pada pukul 2 pagi esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI