fbpx

15 tahun hadap banjir termenung, penat!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maihairiam (tengah) terpaksa berpindah menggunakan sampan dari rumahnya yang ditenggelami banjir di Kampung Nyatoh, Setiu semalam.

SETIU – Sebanyak 10 keluarga di Kampung Nyatoh di sini, sudah lelah berhadapan dengan feno­mena banjir termenung setiap kali musim tengkujuh sejak 15 tahun lalu.

Fenomena banjir sukar surut sehingga berlarutan setengah bulan itu menjadikan mereka penduduk paling lama mendiami pusat pemindahan sementara (PPS) hampir setiap tahun.

Seorang penduduk, Ismail Ishak, 66, mendakwa, masalah banjir termenung tersebut mula berlaku sejak Jalan Penarik yang merupakan antara akses utama ke Kota Bharu, Kelantan dinaik taraf pada tahun 2008.

“Projek naik taraf itu menyebabkan laluan berkenaan menjadi lebih tinggi daripada sebelumnya menyebabkan limpahan air hujan mengalir turun ke perkampungan kami terutama pada musim tengkujuh.

“Keadaan itu menyebabkan banjir yang melanda rumah kami sukar surut dan fenomena ini ­biasanya akan berlarutan antara 12 hingga 14 hari,” dakwanya ketika ditemui di PPS Surau Kampung Nyatoh di sini semalam.

Keluarga Ismail merupakan antara 10 keluarga yang terpaksa berpindah ke PPS setelah rumah masing-masing dinaiki air pada pukul 8 malam, Jumaat lalu.

Ismail berkata, terlalu banyak kerugian dialami mereka akibat banjir termenung setiap tahun.

Bersetuju dengan Ismail, Maihai­riam Sulong, 67, berkata, biarpun lelah, mereka yang kebanyakan warga emas tidak mempunyai pilihan selain terus mendiami rumah kerana itu sahajalah tanah dan tempat berlindung yang dimiliki.

“Jangankan mahu menyelamatkan harta-benda, mengharung banjir bagi menyelamat diri pun sudah tiada kudrat kami,” dakwanya.

Sehubungan itu, dia merayu pihak berwajib membantu mencari jalan bagi mengatasi masalah banjir termenung terbabit yang sudah membelenggu mereka sekian lama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI