fbpx

Ribut tropika Jelawat diramal rentas Laut Sulu Timur Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat ribut tropika Jelawat diramal merentasi Laut Sulu di Timur Sabah.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan MetMalaysia di laman sosial, ribut tropika Jelawat kini berada di kedudukan 7.5 darjah utara dan 129.0 darjah timur di tenggara Filipina.

“Ia diramal bergerak ke barat merentasi Laut Sulu dan seterusnya ke Laut China Selatan. Keadaan ini diramal boleh mengakibatkan hujan lebat, angin kencang dan laut bergelora di Sabah.

“Sehubungan itu, MetMalaysia telah mengeluarkan nasihat ribut tropika, amaran hujan berterusan peringkat waspada serta amaran angin kencang dan laut bergelora melibatkan negeri Sabah,” katanya.

Bagaimanapun, jabatan tersebut akan mengemas kini nasihat dan amaran tersebut dari semasa ke semasa berdasarkan situasi terkini.

Oleh itu, maklumat cuaca terkini oleh diperolehi memalui laman web, aplikasi myCuaca, media sosial rasmi Jabatan dan Hotline MetMalaysia bagi sebarang pertanyaan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI