fbpx

Penumpang lempar durian keluar bas selepas ditegur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Durian itu dilempar keluar bas sebelum perjalanan diteruskan. - Instagram

SINGAPURA – Seorang pemandu bas di Singapura menegur dua penumpang yang membawa durian semasa menaiki bas sebelum mereka melempar buah itu ke luar kenderaan, lapor portal berita Asiaone semalam.

Video kejadian dikongsikan dalam akaun Instagram @sgfollowsall kelmarin.

Selepas menghidu bau durian yang kuat, pemandu bas tersebut menegur dua penumpang berkenaan supaya tidak membawa buah itu menaiki bas.

Mereka kemudian melempar beg plastik berisi durian keluar dari bas sebelum kembali ke tempat duduk.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

Seorang netizen menegaskan bahawa dua wanita itu sepatutnya mengetahui peraturan itu dan kini mereka berdepan denda kerana membuang sampah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI