fbpx

Meluat dengan perangai abang sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

DALAM hidup sesuatu famili, sesekali pasti berlakunya pertengkaran sesama ahli keluarga.

Sebaik mana pun hubungan itu dijaga, pertengkaran kecil tidak boleh dielakkan dan terjadi berpunca pelbagai sebab.

Namun, adakalanya, pertengkaran adik-beradik yang dianggap lazim itu boleh ‘membarah’ dan menjadi suatu yang besar apatah lagi bila keadaan semakin menekan.

Begitulah yang terjadi di antara Zul (bukan nama sebenar) dengan satu-satunya abangnya iaitu Apan (bukan nama sebenar).

Kongsi Zul, Apan merupakan seorang lelaki yang dianggapnya paling durjana kerana tidak habis-habis menimbulkan masalah serta menyusahkan diri Zul, ibu mereka dan semua orang di dalam hidupnya.

Cerita Zul, semasa remaja, Apan kerap terlibat dengan masalah ponteng sekolah dan mencuri.

“Sejak tingkatan dua, Apan sering ponteng sekolah, sudah mula belajar merokok dan juga turut mencuri wang rakan-rakan di sekolah.

“Dia juga pernah mencuri barang kemas milik ibu dan digadai untuk membeli rokok dan motosikal baharu,” kongsi Zul.

Selepas tamat persekolahan, Apan langsung tidak berminat menyambung pengajian dan memberitahu ibu dia mahu bekerja.

Ibu telah membantunya mencarikan kerja iaitu pembantu di sebuah kedai makan milik rakan ibu. Namun, Apan tidak pernah serius dengan pekerjaannya itu dan sering ponteng.

“Ia menyebabkan ibu menjadi malu memandangkan ibu sungguh-sungguh minta rakannya itu membantu abang. Saya sedih melihat ibu diperlakukan demikian,” akui Zul.

Semakin meningkat usia, Apan tidak pernah serius mencari pekerjaan menjadikan Zul yang berusia muda dua tahun daripada Apan menanggung tanggungjawab sendirian menyara ibu.

Zul yang bekerja sebagai pekerja swasta dengan gaji tak sebesar mana terpaksa menanggung semua perbelanjaan rumah, bayaran bil dan membeli barang dapur.

Lebih teruk lagi, Apan turut mengambil wang diberikan Zul kepada ibunya menyebabkan Zul hilang sabar. Sering kali ketegangan berlaku dan mereka hampir bertumbuk.

ZUL dan abangnya Apan sering bertengkar dan nyaris bertumbuk.
– GAMBAR HIASAN

Biarpun tanpa kerja tetap, Apan masih berani memikat dan menyatakan hasratnya untuk mengahwini seorang wanita bernama Kak Su (bukan nama sebenar).

“Kak Su merupakan seorang kerani dan mereka berkenalan menerusi seorang kawan Apan. Apan bersungguh-sungguh mahu berkahwin dengan Kak Su dan ibu pada awalnya menghalang perkahwinan tersebut atas faktor kewangan Apan.

“Apan bagaimanapun memarahi ibu sehingga sanggup bersikap kurang ajar serta tetap berkeras mahu berkahwin juga walaupun tanpa restu ibu,” kata Zul.

Selepas berkahwin, Apan pada mulanya melayan Kak Su dengan baik, namun selepas setahun, perangainya mula berubah.

Apan mulai melayan Kak Su dengan begitu teruk dan kerap meminta wang daripada isterinya itu. Dia juga cukup pengotor dan tergamak membiarkan isteri serta dua orang anak mereka hidup dalam rumah kotor dan tidak terurus.

Kak Su bagaimanapun merupakan seorang wanita yang cukup baik.

“Saya kasihankan Kak Su kerana sudahlah dia yang mencari rezeki buat keluarga, dia juga perlu uruskan rumah dan menjaga anak-anak.

“Apan betul-betul tidak berguna dan hanya tahu menyusahkan isterinya,” kata Zul yang adakalanya akan memberikan wang belanja buat anak-anak abangnya itu bagi meringankan beban yang ditanggung Kak Su.

Anak-anak saudaranya itu juga sudah bagaikan menjadi tanggungan Zul kerana Apan benar-benar lepas tangan dan tidak langsung mempedulikan keperluan anak-anaknya itu.

Apabila mendengar tentang perangai Apan, ia membuatkan Zul cukup tertekan dan malu untuk mengakui lelaki itu sebagai abangnya.

Lebih buruk lagi, orang-orang kampung ada yang mengata keluarga Zul dan menghina ibunya kerana kononnya tidak pandai mendidik anak.

Hakikatnya, ibu mereka sudah melakukan yang terbaik, namun entah mengapa Apan terus-terusan berperangai sedemikian.

Selepas perkahwinan Apan dan Kak Su memasuki usia enam tahun, Apan kemudian berlaku curang dengan seorang janda yang dikenalinya menerusi aplikasi pacaran.

Dia mulai kerap ‘hilang’ dan sesuka hatinya menyekat nombor ahli keluarga yang marahkan tindakannya.

“Apan suka menghilang sehingga seminggu kerana sibuk bercinta dengan janda dan mengabaikan tanggungjawabnya terhadap isteri dan anak-anak.

“Dia juga akan memaki hamun sesiapa sahaja yang menegur sikapnya itu dan menyekat nombor telefon kami sekeluarga.

“Dia hanya akan kembali ke rumah kami sekeluarga atau pun rumahnya bersama Kak Su sekiranya memerlukan wang, menyebabkan saya cukup membenci abang,” kata Zul.

Zul mengakui dia dan ahli keluarga sudah malas mahu mengambil tahu perihal abang lagi dan sudah tidak mempedulikan kehidupan lelaki itu kerana terlalu bencikannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI