NEW DELHI, India – Tiga sekeluarga di bandar Greater Noida terperangkap di dalam lif sebuah bangunan ketika membawa beberapa pinggan berisi makanan, lapor laman berita Ary News.
Dalam video yang tular di media sosial, penduduk yang terperangkap itu dikesan membawa pinggan berisi ‘chole bhature’ atau roti puri di tangan mereka.
Keluarga yang menuju ke tingkat atas bangunan itu dilaporkan terkandas di aras satu selama 30 minit.
Mereka kemudian memanggil jiran apabila butang kecemasan tidak dapat berfungsi sebelum pengawal keselamatan dan orang ramai tiba untuk membantu.
Ketika pintu lif dibuka, tiga sekeluarga itu menghulurkan pinggan terlebih dahulu supaya tidak jatuh. – AGENSI