fbpx

Liga Super: Selangor FC ‘tutup buku’ dengan tiga mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan Selangor FC. Foto oleh FARIZ RUSADIO/KOSMO!

PETALING JAYA – Pasukan Selangor FC berjaya menamatkan saingan Liga Super musim ini dengan cemerlang selepas menewaskan juara Piala Cabaran, PDRM FC pada aksi terakhir di Stadium MB Petaling Jaya sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, skuad Gergasi Merah dilihat tidak mempunyai masalah untuk mendahului seawal minit ke-36 hasil sepakan penalti yang dilakukan oleh pemain sayap sensasi, Faisal Halim.

Kapten pasukan Selangor, Brendan Gan meletakkan skuad kendalian Tan Cheng Hoe semakin selesa dengan gol jaringan kedua tuan rumah sebelum wisel babak pertama ditiupkan.

Bersambung pada separuh masa kedua, PDRM memperkemaskan jentera serangan dan berjaya merapatkan kedudukan hasil penyudah pemain tengah, Fadi Mahmoud Awad pada minit ke-77.

Usaha The Cops untuk mencuri mata berharga tidak kesampaian selepas penyerang gantian skuad Merah Kuning, Richmond Boakye meledak gol terakhir pada penghujung perlawanan dengan keputusan 3-1 kekal sehingga wisel penamat.

Keputusan tersebut mengesahkan status Selangor FC selaku naib juara Liga Super dengan meraih 61 mata selepas mengharungi 26 perlawanan.

Sementara itu, di Stadium Likas, Sabah FC berjaya menewaskan Kedah Darul Aman (KDA FC) 2-0 untuk memastikan status selaku pasukan No. 3 terbaik musim ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI