fbpx

KL ‘dikepung’, 247 motosikal disita, 628 saman dikeluarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara 247 motosikal yang disita menerusi Op Motosikal yang dijalankan di sekitar ibu negara, awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur menyita sebanyak 247 motosikal dan mengeluarkan 628 saman menerusi Op Motosikal, awal pagi tadi, di sekitar ibu negara.

Timbalan Ketua JSPT Kuala Lumpur, Superintendan Zulkafli Chek Lah berkata, sebanyak enam sekatan jalan raya dilakukan dalam operasi itu melibatkan Jalan Tun Razak, Jalan Sultan Ismail dan Jalan Sultan Azlan Shah.

Menurutnya, ia berikutan lokasi terbabit menjadi tumpuan penunggang untuk mencuba kelajuan motosikal masing-masing.

“Kita juga mendapat aduan daripada penduduk sekitar di sini bahawa bunyi bising terutama berhampiran Institut Jantung Negara (IJN) dan sekitarnya,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, operasi tersebut bertindak menyita 247 motosikal dan mengeluarkan 628 saman atas pelbagai kesalahan antaranya cermin sisi, ubah suai ekzos dan modifikasi brek.

Jelasnya, siasatan awal polis percaya penunggang-penunggang terdiri daripada kumpulan kecil ini datang dari dalam dan luar Kuala Lumpur terutama sekitar Lembah Klang.

“Mereka akan berkumpul di sekitar lokasi ini dan membuat bising,” ujarnya.

Mengenai tindakan penunggang yang melawan arus, Zukafli berkata, pihaknya akan mengesan penunggang ini menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) untuk tindakan mahkamah.

“Sebelum ini kita kesan mereka berkumpul seawal pukul 10 malam hingga pukul 2 pagi, namun menyedari tindakan pihak polis, kumpulan ini aktif pada pukul 3 pagi,” katanya.

Ujar beliau, pada tahun ini di tiga lokasi terbabit sahaja, sebanyak 665 motosikal disita dan 23,081 saman dikeluarkan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI