fbpx

Ibnor Riza meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALLAHYARHAM Ibnor Riza meninggal dunia akibat kanser limfoma.

PETALING JAYA – Selepas dua minggu bertarung nyawa, penyanyi era 80-an Ibnor Riza meninggal dunia pada pukul 3.30 petang hari ini.

Ibnor atau Ibnor Riza Ibrahim, 62, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tunku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM).

Berita duka itu dikongsi rakan penyanyi iaitu Salwa Abd Rahman menerusi Instagram miliknya sebentar tadi.

“Sahabatku sudah tiada. Semoga arwah tenang dan damai di sana serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” tulisnya ringkas.

Isteri Ibnor, Sarimah Sualiman, 51,turut mengesahkan perkara itu dan memberitahu jenazah Allahyarham sedang diuruskan untuk proses pengebumian di HCTM.

Jenazah suaminya dijangka dikebumikan di Negeri Sembilan.

Terdahulu, pada 2 Disember lalu, Ibnor menjalani pembedahan di HCTM bagi membuang air pada bahagian kanan kepala susulan kanser limfoma dihadapinya sudah merebak ke otak.

Ibnor bagaimanapun tidak sedarkan diri selepas pembedahan dijalankan.

Kemudian, dia sekali lagi menjalani pembedahan susulan kerana ada pendarahan pada bahagian kepalanya Rabu lalu.

Keadaan Ibnor juga masih sama malah Sarimah ketika dihubungi memaklumkan suaminya berada dalam keadaan kritikal.

Sebagai info, Ibnor mulakan kejaya seninya sejak 1984 dengan menyertai pertandingan Bintang RTM.
Allahyarham juga merupakan kakitangan kerajaan namun bersara awal kerana memilih untuk menumpukan perhatian terhadap kerjaya seni pada 1993.

Antara lagu terkenal dendangan Allahyarham adalah Mimpi Tak Sudah, Meneka Dalam Kesamaran, Berdiri Seorang Perindu, Suka Terluka Merindu Pula dan banyak lagi.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI