fbpx

EPL: Liverpool enggan terbuai kejayaan besar musim lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KLOPP enggan para pemainnya terbuai dengan kejayaan besar musim lalu dan percaya mereka perlu membuat persediaan rapi melayan kunjungan United. - AFP

LIVERPOOL – Biarpun sedar mengenai kekalutan yang melanda Manchester United ketika ini, Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp enggan ‘termakan’ dengan keyakinan melampau yang boleh memberikan akibat buruk buat pasukannya.

Tengah malam ini menyaksikan Liverpool bakal melayan kunjungan United di Anfield, namun Klopp mengakui tidak sesekali memandang mudah cabaran lawannya itu biarpun mencatat kejayaan cemerlang musim lalu dengan kemenangan 7-0.

Menurut Klopp, kejayaan United meraih dua anugerah bulan lalu menerusi pengurus terbaik dan pemain pertahanan terbaik membuktikan bahawa lawannya tidak boleh dipandang mudah dan mampu memberikan mereka ancaman.

“Saya tidak suka membaca berita mengenai United adalah pasukan yang tidak bagi sebelum kami turun menentang mereka kerana selalunya mereka dalam keadaan ‘okay’.

“Ia adalah perlawanan di mana anda perlu memberikan segala-galanya. Saya tidak mengikuti mereka dengan rapat untuk memahami masa yang dihadapi, tetapi saya lihat Erik menang anugerah pengurus terbaik bulan lalu dan keputusan mereka juga tidaklah teruk,” katanya.

Ramai yang berpendapat bahawa Liverpool mampu untuk menang besar sekali lagi pada aksi kali ini, namun Klopp menjelaskan bahawa kemenangan seperti itu tidak akan selalu berlaku dan mahu para pemainnya memahami mengenai realiti seperti itu.

“ Ya, 7-0 sebelum ini adalah kemenangan luar biasa dan saya fikir ia hanya sekali seumur hidup. Jika ia membantu, sudah pasti pasukan yang kalah mendapat manfaat kerana mereka akan bangkit lebih kuat,” jelasnya.

Sepanjang lima pertemuan terakhir menentang United di Anfield, Liverpool berjaya mencatat empat kemenangan dengan meledak 16 gol, manakala hanya membenarkan satu gol membolosi gawang mereka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI