fbpx

Elaun guru pedalaman habis servis motosikal tiap minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik oleh Ben Zaid di akaun TikToknya.

PETALING JAYA – “Ramai kata seronoklah elaun banyak sedangkan elaun RM1,500 yang kami terima banyak habis baiki motosikal yang diguna untuk berulang-alik.”

Demikian luahan seorang guru pedalaman yang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan (SK) Balar, Gua Musang, Kelantan.

Menerusi hantaran video di akaun TikTok Ben Zaid, guru tersebut menjelaskan motosikal yang dinaiki untuk berulang-alik ke sekolah memerlukan kos yang tinggi untuk diselenggara setiap minggu.

“Elaun RM1,500, bila dah tolak cukai, tak dapat penuh pun. Motosikal kami ni memang nak kena selenggara dengan kerap sebab kita lalu jalan yang keadaan bentuk bumi yang esktrem.

“Bayangkan ‘breakpad’ dan ‘lining brake’ kami tukar seminggu sekali. ‘Bearing motosikal, ‘sprocket’ kadang-kadang pakai dua tiga minggu pecah. Belum lagi alat ganti motosikal yang lain.

“Elaun yang orang kata ‘besar’ ni habis dekat situ je. Tak masuk lagi cikgu perempuan, yang ulang-alik ke Pos Balar guna kenderaan pacuan empat roda sewa,” katanya.

Jelas Ben Zaid, harga yang dikenakan untuk menyewa kenderaan pacuan empat roda adalah berbeza mengikut musim bermula harga antara RM500 hingga RM800 sehala.

Mengulas lanjut, Ben Zaid berkata, para guru sekolah pedalaman terpaksa bertarung nyawa apabila perlu berdepan dengan bentuk muka bumi dan ancaman binatang.

“Perjalanan kami boleh diibaratkan seperti 50-50, boleh kata nyawa di hujung tanduk. Dengan keadaan bentuk muka buminya, kiri kanan gaung dalam dan ancaman binatang buas.

“Nyawa dengan duit jauh beza. Sebab kita dah kerja sini, ulang-alik tiap minggu sini. Semua bertarung nyawa lagi-lagi guru di Sabah dan Sarawak.

“Pernah aku ajak cikgu-cikgu luar mengajar di Pos Balar, tapi semua tidak mahu lepas tengok jalan dan bagaimana kami naik motosikal tiap-tiap minggu. Lepas itu terpaksa berjauhan dengan keluarga.

“Bila masuk hutan, kita dah terputus hubungan. Untuk pengetahuan, sekolah kami ada dua kekosongan sekarang, boleh cuba mohon. Sebenarnya bukan dunia yang keras, kita yang kena keras,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI