fbpx

Belia Korea Selatan enggan berkahwin, miliki anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita dan kanak-kanak menunggang basikal melepasi gerai pasar jalanan di Seoul pada 1 Oktober 2021. - AFP

SEOUL – Satu laporan terbaharu mendapati bahawa semakin ramai golongan muda Korea Selatan menganggap perkahwinan dan melahirkan anak sebagai sesuatu yang tidak penting, lapor laman berita Wion News semalam.

Berdasarkan data kerajaan, hanya 27 peratus wanita berusia lingkungan 20-an menganggap perkahwinan sebagai penting pada tahun lepas. Ia merupakan penurunan daripada hampir 53 peratus yang dicatatkan pada 2008.

Kira-kira 42 peratus lelaki dalam kumpulan umur sama pula menganggap perkahwinan sebagai penting, iaitu berkurang sebanyak 30 peratus.

Bagi kumpulan usia 30-an pula, 31.8 peratus wanita dan 48.7 peratus lelaki berfikiran positif untuk berkahwin. 

Data yang sama menunjukkan hanya 27.7 peratus daripada mereka yang berusia 20-an dan 30-an tidak mahu mempunyai anak selepas berkahwin pada 2015, namun ia meningkat kepada 44.1 peratus pada 2020.

Laporan tersebut menggambarkan krisis demografi di Korea Selatan berhubung kadar kelahiran yang sangat rendah. 

Kekurangan sumber kewangan menjadi punca orang muda tidak berkahwin, lapor akhbar The Korea Times. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI