fbpx

Bekas komando hilang dijumpai dalam kebun sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN penyelamat mengangkat mayat Ab Manan keluar dari kebun kelapa sawit di Kampung Palembang, Kluang hari ini selepas dilaporkan hilang pada hari Khamis lalu.

KLUANG – Pencarian seorang lelaki warga emas yang juga pesara Rejimen Gerup Gerak Khas (RGGK) yang dilaporkan hilang pada Khamis lalu, berakhir selepas dia ditemui di dalam kebun kelapa sawit di Kampung Palembang, di sini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, mayat mangsa dijumpai oleh seorang pengembala lembu kira-kira pukul 5 petang ketika menguruskan ternakannya, hari ini.

Katanya, kawasan penemuan mayat Ab Manan Keri, 74, masih dalam radius pencarian iaitu kira-kira 500 meter dari tepi Sungai Melantai yang sungai rangkaian kepada Sungai Mengkibol.

“Pengesahan juga sudah dilakukan oleh anak mangsa, Mohamad Shahfullah, 29, yang turut hadir ke lokasi penemuan mayat bapanya sebaik dimaklumkan.

“Mayat dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk proses bedah siasat dan akan diserahkan kepada ahli keluarga selepas semua urusan berkaitan selesai,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Kampung Palembang, di sini.

Berikutan penemuan itu, bilik operasi PKTK ditutup secara rasmi pada pukul 6 petang dan semua pasukan pencarian yang membantu dibenarkan bersurai.

Sementara itu, Norsam Kasbi, 56, yang menemui mayat mangsa berkata, ketika menghalau lembu ternakannya untuk pulang ke kandang, terdapat bau busuk selain terdapat seekor biawak berada di kawasan berhampiran.

Ujarnya, sebaik didekati ternampak mangsa terdampar di tepi parit dalam ladang dan menyerupai ciri-ciri digambarkan seperti dilaporkan.

“Selepas memgesahkan bahawa mayat ditemukan adalah mangsa, saya terus ke PKTK untuk memaklumkan kepada pasukan penyelamat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI