fbpx

[VIDEO] Banjir: 6 pelajar sekolah dicekup ‘rem’ motor dalam bah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kesemua suspek ditahan selepas mengganggu ketenteraman awam dengan membuat bising menggunakan motosikal di Rantau Panjang semalam. FOTO IHSAN POLIS

RANTAU PANJANG – Enam pelajar sekolah menjadi antara 15 individu yang ditahan selepas mengganggu ketenteraman awam dengan membuat bising menggunakan motosikal di kawasan banjir di pekan Rantau Panjang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, kesemua yang diberkas berusia dalam lingjungan 14 hingga 20 tahun dengan enam orang daripada mereka dari Tanah Merah dan Kota Bharu.

Menurutnya, polis menerima maklumat mengenai kes itu kira-kira pukul 6 petang sebelum Ketua Polis Balai Rantau Panjang dan anggotanya membuat pemantauan di kawasan itu.

“Selepas pemantauan dijalankan, polis menahan 15 orang lelaki bersama motosikal masing-masing.

“Kesemua motosikal tersebut dan penunggangnya dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang di sini untuk proses dokumentasi,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Kama Azural memberitahu, polis sudah memanggil ibu bapa kepada semua pelajar terbabit untuk khidmat nasihat.

Menurutnya, selain itu, sebanyak sembilan saman dikeluarkan atas kesalahan mengubah suai motosikal dan tiada lesen memandu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI