fbpx

Anwar hadir majlis makan malam PM Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar dan Wan Azizah bersama Fumio Kishida dan isterinya, Yuko di majlis makan malam di State Guesthouse Akasaka Palace, malam tadi.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke majlis makan malam dihoskan oleh Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida dan isterinya Yuko di Geihinkan, di State Guesthouse Akasaka Palace, malam tadi.

Kehadiran beliau turut ditemani oleh isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Selain itu, Anwar turut diapit Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

“Kesempatan makan malam itu juga digunakan untuk bertegur sapa dengan rakan pemimpin yang turut sama hadir ke Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun.

“Dititipkan doa agar hubungan kita, benua ASEAN dan Jepun terus utuh di masa hadapan,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Anwar hari ini menyertai pemimpin-pemimpin ASEAN yang lain pada Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun, antara acara utama pada lawatan lima hari beliau ke Jepun.

Pemimpin daripada 10 negara anggota kecuali Myanmar, berada di Tokyo untuk sidang kemuncak itu. Sidang tersebut turut disertai Timor Leste.

Sidang itu merupakan kemuncak kepada aktiviti memperingati ulang tahun ke-50 hubungan dialog ASEAN-Jepun.

Acara peringatan itu bermula dengan simposium di Jakarta, Indonesia, pada Februari dan di Tokyo pada Mac. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI