fbpx

Aina, Ernie, Marsha kembali berentap di pentas AJL38

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARSHA, Naqiu, Ziana, Aina dan Ernie antara 12 penyanyi yang bakal berentap di pentas AJL38 pada 3 Mac 2024.

SHAH ALAM – Menepati ramalan apabila lagu Jangan Mati Rasa Itu nyanyian Aina Abdul, serta lagu Santai milik Faizal Tahir yang digantikan penyanyi, Naqiu diumumkan antara 12 buah lagu yang berjaya memburu gelaran juara di Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) pada Mac tahun depan.

Turut berjaya melangkah ke pentas berprestij itu adalah lagu Sutera nyanyian Aisha Retno, Inilah Jalannya (Masdo), Darah (Marsha Milan dan lagu kontroversi, Astana dendangan Ernie Zakri.

Turut mengiringi ke AJL37, lagu Kalam nyanyian Shiha Zikir. Selain itu, keunikan lagu Kucuma nyanyian Datuk Jamal Abdillah dan Wany Hasrita turut berjaya mara ke pentas AJL38, serta lagu Hasrat nyanyian Amir Jauhari yang bakal memberikan saingan sengit pada pentas akhir AJL38 nanti.

Selepas 15 tahun tidak beraksi di pentas AJL, penyanyi Ziana Zain kembali mewarnai anugerah yang mengiktiraf lagu terbaik itu menerusi lagu Waktu, duet bersama pendatang baharu, Hasif Upin.

Dua lagi lagu yang bakal beraksi adalah Bintang (Hael Husaini) dan Selagi Ku Ada, nyanyian Khai Bahar dan Nabila Razali.

Senarai kesemua lagu final AJL38 diumumkan usai Separuh Akhir Muzik Muzik ke-38 (SFMM38) hari ketiga yang berlangsung di studio NTV7 Glenmarie, di sini, hari ini.

Dihoskan Izzue Islam dan Fiza Frizzy, SFMM38 menyaksikan 29 lagu bertanding menerusi tiga episod yang berlangsung sejak kelmarin (Jumaat).

Semua lagu dinilai oleh barisan juri profesional diketuai Datuk Mokhzani Ismail ialah komposer, LY; pemuzik, Datuk Wah Idris; penyanyi rap, Cat Farish; komposer, Helen Yap dan penulis lirik terkenal, Azmeer.

Tahun lalu menyaksikan penyanyi Aina Abdul menang besar selepas lagu Terus Hidup, nyanyian dan ciptaan penyanyi itu sendiri dinobatkan sebagai lagu terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Kemenangan itu sekali gus melayakkan Aina membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi.

Selain membawa pulang hadian utama, Aina turut berjaya menggondol kategori Vokal Terbaik, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 beserta trofi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI