fbpx

4 remaja lelaki ditahan buat aksi Superman, wheelie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat motosikal suspek yang disita dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching malam tadi.

KUCHING – Aksi ‘Superman’ dan ‘Wheelie’ yang dilakukan empat remaja lelaki membawa padah apabila ditahan dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Merbin Lisa berkata keempat-empat suspek berusia 18 hingga 19 tahun itu ditahan di Jalan Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakub, di sini dan dibawa ke IPD Kuching untuk tindakan lanjut.

“Kesemua suspek disiasat di bawah Seksen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kes akan dirujuk kepada pendakwa raya untuk pertuduhan.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda RM5,000 hingga RM15,000 dan penjara tidak kurang dari lima tahun serta hilang kelayakan lesen sehingga lima tahun,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menambah empat buah motosikal yang digunakan semua suspek turut disita.

Dalam pada itu, Merbin berkata operasi yang bermula pukul 8 malam hingga 4 pagi tadi turut mengeluarkan sebanyak 24 keping saman atas pelbagai kesalahan, seperti tiada nombor pendaftaran, tiada cermin sisi dan lain-lain.

Justeru, katanya IPD Kuching akan terus melaksanakan Op Samseng Jalanan bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya khususnya kemalangan maut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI