fbpx

Warga emas hilang ditemukan lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota SAR membawa mayat mangsa selepas dijumpai pada jarak kira-kira 5 kilometer di lubuk berhampiran muara Sungai Selongo, pagi tadi.

MARUDI – Lelaki warga emas yang hilang di sungai Kampung Leo Mato, Ulu Baram di sini pada Khamis lalu akhirnya ditemukan lemas, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mayat Sirang Bilong, 81, dijumpai pasukan penyelamat pada pukul 9 pagi tadi.

“Pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) menemukan mayat mangsa dalam keadaan sempurna kira-kira 5 kilometer di lubuk berhampiran muara Sungai Selongo,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Keluarga mangsa bagaimanapun tidak mahu mayat warga emas itu dibedah siasat dan dibawa ke rumah panjang untuk pengebumian.

Terdahulu, katanya, pasukan SAR berdepan kesukaran untuk pergi ke lokasi kejadian kerana jauh di pedalaman yang hanya dapat diakses menggunakan jalan balak.

Justeru, operasi SAR hari kedua hari ini menyasarkan pencarian di tepi sungai sepanjang 10 kilometer menyusuri sungai dan memfokuskan di lokasi penemuan anjing, seluar dan perahu milik mangsa. Operasi itu turut dibantu 50 penduduk kampung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI