fbpx

Sindiket penyeludupan ‘selit’ masuk PATI musim cuti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD (lima dari kiri) menunjukkan isyarat bagus ketika melancarkan Operasi Pencegahan Jenayah dan Penyeludupan di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar hari ini.

PADANG BESAR – Terdapat sindiket penyeludupan migran dikesan mengambil kesempatan menyeludup masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) semasa musim cuti di pintu masuk negara.

Justeru, Polis Perlis terus memantau rapat dan membanteras sebarang cubaan penyeludupan migran di Padang Besar yang menjadi laluan antarabangsa terutama sempena musim cuti hujung tahun ini.

Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata, penyeludupan migran biasanya berlaku pada masa tertentu seperti pada musim cuti ketika laluan antarabangsa menjadi sibuk dengan kehadiran pelancong.

“Mereka (sindiket pemerdagangan manusia) akan mengambil kesempatan dengan membawa masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) yang akan ‘diselitkan’ bersama kehadiran pelancong di pintu masuk negara.

“Sejak Januari hingga November tahun ini, polis kontinjen Perlis mencatatkan sebanyak 21 kes Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) serta berjaya menahan 53 orang tekong menerusi 32 serbuan,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar.

Terdahulu Muhammad melancarkan Op Bersepadu Pencegahan Jenayah dan Penyeludpan yang turut dihadiri wakil Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan Majlis Perbandaran Kangar.

Menurut Muhammad, setiap tangkapan akan dikoordinasikan dengan dengan Bahagian D3 Atipsom Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI