fbpx

Siasatan pegawai kanan langgar pelajar dijalankan secara adil, telus – KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Zaharif Affendi maut dilanggar kereta jenis Perodua Ativa semalam.

PETALING JAYA – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan siasatan berhubung seorang pegawai kanan polis yang didakwa melanggar pelajar sekolah berusia 17 tahun sehingga maut semalam, akan dijalankan secara adil dan telus.

“Pegawai kanan polis berusia 44 tahun berkenaan dibawa ke mahkamah pagi ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

“Suspek yang bertugas sebagai Pegawai Turus Bahagian Siasatan Jenayah Berat, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, ditahan reman selama tiga hari, bermula hari ini.

“Kita tidak akan sesekali melindungi atau berkompromi dalam isu ini walaupun ia membabitkan pegawai kanan polis,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Katanya, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri serta Ketua Polis Perak telah diminta agar menjalankan siasatan dengan rapi.

“Siasatan awal dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Namun, kita akan melihat kepada keperluan siasatan di bawah lain-lain seksyen, bersesuaian dengan kesalahan apabila siasatan lengkap.

“Kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” jelasnya.

Semalam Kosmo! melaporkan pelajar lelaki tingkatan lima maut selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar sebuah kereta dalam kejadian berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru, Ipoh, Perak.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, yang masih lengkap berpakaian sukan sekolah maut di tempat kejadian selepas diseret kereta lebih lima meter. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI