fbpx

‘Saya menangis sebab terharu, ini impian saya’ – Aisha Retno

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI Aisha Retno terharu lagu Sutera dinobatkan sebagai Lagu Terbaik pada hari kedua Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-38 (SFMM38). -FARIZ RUSADIO

SHAH ALAM – Penyanyi Aisha Retno menitiskan air mata selepas selesai membuat persembahan ketika membawakan lagu Sutera di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-38 (SFMM38).

Menurut Aisha, 23, tangisan tersebut bagaimanapun bukan kerana dia gagal membuat persembahan terbaik namun punya sebab tersendiri.

“Sebenarnya saya menangis sebab terharu. Ini adalah apa yang saya impikan sejak saya mula lancarkan lagu ini.

“Saya bersama komposer MFMF sudah membayangkan lagu ini untuk ke pentas seterusnya kerana saya yakin ada potensi.

“Pada masa sama, saya gembira kerana ini bukan usaha saya semata-mata tetapi kesemua pasukan Sutera,” katanya selepas selesai SFMM38 di NTV7, Glenmarie hari ini.

Tidak menjangkakan lagu Sutera dinobatkan sebagai Lagu Terbaik, pemilik nama lengkap Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam itu berasa sangat kerdil berbanding penyanyi lain yang bertanding.

“Sejujurnya, ramai peserta lain yang hebat-hebat pada hari ini.

“Terasa kerdil sangat diri tetapi saya sudah tanamkan dalam fikiran untuk lakukan persembahan terbaik memandangkan single ini adalah paling saya sayang.

“Lagu ini pada saya unik kerana menggabungkan genre etnik dan EDM selain mengangkat tema memperkasakan wanita,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, peserta Big Stage musim keempat itu tetap akan berpuas hati dengan pencapaian yang dimiliki selain akur sekiranya tidak dapat meloloskan diri ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38).

Esok, SFMM38 bakal menyaksikan lapan buah lagu lagi akan bertanding di pentas yang sama.

Barisan juri bagi SFMM38 diketuai Datuk Mokhzani Ismail ialah komposer, LY; pemuzik, Datuk Wah Idris; penyanyi rap, Cat Farish; komposer, Helen Yap dan penulis lirik terkenal, Azmeer. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI