JARANG dengar cerita tentang penyanyi Dayang Nurfaizah dalam media sosial, namun baru-baru ini namanya tiba-tiba menjadi sebutan ramai.
Semuanya disebabkan bentuk fizikalnya yang semakin kurus sehingga ada netizen melahirkan rasa cemburu.
Rata-rata netizen menjadikan Dayang sebagai pencetus semangat untuk mendapatkan bentuk badan langsing.
“Ukur lilit pinggang dia bersamaan dengan dua saiz betis aku. Menangis tengok.
“Ada sesiapa tahu berat Dayang? Nak jadikan dia inspirasi untuk kurus juga,” ujar netizen.